Nak minta maaf bukan senang, lebih-lebih lagi bila kita rasa bukan semua salah kita. Tapi itulah cabaran nak kekalkan persahabatan. Siapa yang tak nak berkawan selama-lamanya. Tapi, banyak faktor lain akan menduga. Isu kepercayaan, cakap belakang, duit pun kadang-kadang boleh jadi sebab perbalahan.
Benda yang dah terjadi tak perlu nak diungkit. Persahabatan yang dah terkubur, biarlah lenyap dalam hati dan fikiran. Tiada dendam ataupun perasaan benci cuma hati manusia ni takkan semudah itu menerima seseorang untuk kali kedua. Mulalah persahabatan lain dengan doa dan harapan ianya akan jadi lebih baik dari sebelumnya. Jadikan yang dulu sebagai pengajaran.
Dalam Islam, kasih sayang dalam bersahabat tu ade tempat yang tersendiri dan istimewa. Ade satu hadith tu cakap “tidak sempurna iman salah seorang diantara kamu sebelum ia mencintai sahabatnya seperti dia mencintai diri sendiri”.
Tapi, itu situasi ideal. Dan sahabat macam tu mungkin satu dalam lima ratus. Jangan terburu-buru sayang pada sahabat sebab susah macam mana kita cuba menjaga hati orang, tak semestinya orang bersusah payah akan jaga hati kita.
Pokok pangkal nye, balik pada Al-Quran dan hadith. Macam mana nak cari kawan dan macam mana nak selesaikan perbalahan.
Saya terbaca satu artikel, “Cara bergaduh dalam Islam”. Bunyi macam kelakar tapi Islam memang lengkap. Cara nak bergaduh pun ade diterangkan.
Pergaduhan yang diceritakan adalah antara Saidina Ali dengan pihak yang diketuai Muawwiyah Abi Sufian dan Saidatina Aisyah. Mereka bergaduh atas salah faham tentang pembelaan atas kematian Saidina Uthman yang dibunuh oleh orang Islam ketika beliau sedang membaca Al-Quran dirumahnya.
Panjang cerita kisah ni. Siapa yang berminat, bolehla google untuk tahu lebih lanjut. Indah persahabatan dalam Islam, subhanallah.
Semua yang terjadi ada hikmahnya. Susah untuk saya menahan ego dan marah bila ucapan maaf yang saya harapkan tak pernah kunjung tiba. Mungkin saya tidak penting dalam hidup dia, cuma saya yang anggap dia penting. Takpe, saya redha. Saya dah banyak belajar. Lepas ni, InsyaAllah persahabatan yang terbina adalah lebih suci dan ikhlas.
"Saya pernah 2 kali bermimpi saya mati. Dua kali tu..roh saya macam tergantung, bila saya tanya, kenapa aku tersekat tidak mampu ke mana2?" Ada suara yang cakap "kau tak minta maaf kepada orang yang kau umpatkan..”
"Ya Allah ya Tuhan kami kau jadikanlah persahabatan kami ini hanyalah semata-mata keranaMu, bukan kerana nafsu semata-mata atau kebohongan dari pandangan mata kami sendiri ya Allah. Kau jadikanlah persahabatan kami ini Ya Allah sebagai jalan untuk berpesan-pesan kepada kebaikan dan keburukan"
May Allah purify my heart and guided me in starting over.
Amin.
insya Allah doa ko akan dimakbulkan. tahun baru azam baru..
ReplyDeletesemoga Allah sentiasa merahmati kita..dan sahabat2 kita
Doakan aku yus. Aku ni panas baran dan ego tinggi cam batu caves. huhuhu..rindu nak jumpe ko! tak sabar tunggu february :)
ReplyDeletehehe..setinggi bt caves ok lg.bole je letupkan tu..
ReplyDeletedont worry ek..doa byk2..Allah lembutkan hati2 kite ni
hati manusia Allah yg pegang.
cpt dtg!!rindu sgt nak merepek ngn ko!!