Nuffnang ads

Showing posts with label Lesson. Show all posts
Showing posts with label Lesson. Show all posts

Sunday, December 12, 2010

I memang camni.


Nyah, i nak cerita sikit.
Last week i kira gaduh besar la dengan sorang kawan ni.
Walaupun umur dah besar tapi suka gado-gado eh?
Benci la nyah.

Bukan i suka gado pun. 
Lagi la dengan kawan lama.
Cuma i ni jenis tak suka orang gedik dan demand lebih2 kat I.
Dia rasa i pentingkan diri sendiri.

Betul kot. I memang pentingkan diri sendiri dari dulu.
Sebab nyah, i jenis tau ape i nak..bila ade peluang, i akan buat.
I tak tunggu orang. Kalau orang nak ikut, why not..lets go!
Tapi kalau orang tu happens tak dapat ikut, too bad.

Tak tahulah i yang minah ni marah sebab i tak tunggu dia.
Tapi i bole terima la dia marah, jadi i mintak maaf tak dapat nak tunggu dia.
Dia kata ok.
Jadi kami pun kawan macam biasa semula.

Lepas beberapa lama,
Ade satu krisis.
I dengan minah tadi rancang nak buat satu program ni,
kami share duit ramai-ramai la.
I pakai duit i dulu bayar advance.

Skali kan nyah..minah ni cancel tanak join.
I marah la.
Oiii..i kena bayar part dia la kan!!
Geram.
Lepas tu, i tanak cakap dengan dia.
Merajuk lah.
Haha.

Ok bla bla gossip panjang la pulak.
Dia bagitau i, dia tak pegi sebab nak balas dendam kes i tak tunggu dia tu.
Yang mana? Pegi baca balik kat atas.
Minah ni nak i rasa perasaan bila orang mula2 nak join, sekali tak jadi.

Hmm. I hangin la.
Daripada hangin 80% sebab dia back off,  uppp sket jadi 120% no turning back.
Kalau nak balas dendam pun nyah, biarla yang tidak melibatkan duit.
Ini sudah tidak adil.
Lagi pun..balas dendam dekat member sendiri?? biar betul.

Jadi, beginilah.
I rasa kena bagitau u ols semua.

I ni the sort of person who knows what i want, and i always find a way to get it..i tak tunggu orang tolong or harapkan sesiapa. I dont trust others as much as i trust myself and my family. Dan i tak takkan kacau orang, kalau orang tak kacau i.

Tapi generally, kalau orang baik dengan i..i baik la dengan dia.
Kalau dia fire2 i, i flying kick aa. Ooops. haha

Dulu masa muda2, memang la kawan tu penting sangat.
Tapi bila i dah tua (sikit) ni nyah..priority dah berubah.
Ape2 pun, i tak akan kawan lebih2 sangat.
Yang i fikir lebih2 selain diri sendiri, adalah family dan masa depan nanti suami i.
Lepas deret2 tu, baru giliran kawan2.
Ok?

Jadi, di masa akan datang..janganlah sesiapa harapkan i untuk korbankan sesuatu peluang yang datang depan mata hanya sebab you tak dapat, jd kena tunggu you. Kita kan dah janji buat sama2..

Pengajaran untuk i pulak, i takkan ajak orang untuk buat apa2 yang i suka.
Sebab sesetengah orang akan take it too seriously dan menyangka it is my obligation to make sure dia dapat buat jugak benda tu sebab i dah janji dulu nak buat sama2.

Contoh..

I janji dengan you, nak pergi konsert maher zain.. (ya aa auww)
Maher zain tauu!! bukan selalu dia datang Malaysia.
Ntah bila lagi dia nak datang...

Kita pun dah happy untuk pegi sama2.
Skali, bila time abang maher datang..you kena keje.
You jangan ingat i tak pegi sebab you kena keje pulak!
I minat maher zainnnn tau!!!
Jadi i kena selfish! ish ish
I akan pegi jugak..

Anyway, nyah.
Walaupun hubungan i ngan minah tu dah punah.
Tapi i takde dendam, marah or ape2 dengan dia la.
Cuma nak jadi kawan macam dulu memang tak bole.
Sebab dalam kepala dia ade konsep balas dendam.
Dia jenis tak marah depan-depan.
Tapi bila ade peluang, dia akan get even without kita knowing.

Ape kes tu nyah?? Gile ke u!!
Takut la i nak terus kawan dengan dia.

Kesimpulannya, hati manusia ni lain2.
Kita berkawan biarla berpada2.
Jangan harap kat kawan kita lebih2, 
Sebab tu minah tu kecewa..
Sebab dia harapkan i untuk tunggu dia..
Hmm.
Taktau la pulak kena camtu.

Pergi toilet kena teman?
Walaupun i penah janji nak pegi toilet dengan you,
Tapi kena pulak time i dah tak tahan..time tu pulak you tengah kuiz.

Hehe.
Jahat ke i?
Kalau jahat, jangan kawan dengan i laah.
Dalam friENDship ade perkataan END
I pun tanak kawan dengan u, nyah.

Susah lah you ni.

Yang benar,
Aisha's Alter Ego

Disclaimer: this is not her all the time

Monday, December 6, 2010

Dalamnya erti persahabatan

Nak minta maaf bukan senang, lebih-lebih lagi bila kita rasa bukan semua  salah kita. Tapi itulah cabaran nak kekalkan persahabatan. Siapa yang tak nak berkawan selama-lamanya. Tapi, banyak faktor lain akan menduga. Isu kepercayaan, cakap belakang, duit pun kadang-kadang boleh jadi sebab perbalahan.

Benda yang dah terjadi tak perlu nak diungkit. Persahabatan yang dah terkubur, biarlah lenyap dalam hati dan fikiran. Tiada dendam ataupun perasaan benci cuma hati manusia ni takkan semudah itu menerima seseorang untuk kali kedua. Mulalah persahabatan lain dengan doa dan harapan ianya akan jadi lebih baik dari sebelumnya. Jadikan yang dulu sebagai pengajaran.

Dalam Islam, kasih sayang dalam bersahabat tu ade tempat yang tersendiri dan istimewa. Ade satu hadith tu cakap “tidak sempurna iman salah seorang diantara kamu sebelum ia mencintai sahabatnya seperti dia mencintai diri sendiri”.

Tapi, itu situasi ideal. Dan sahabat macam tu mungkin satu dalam lima ratus. Jangan terburu-buru sayang pada sahabat sebab susah macam mana kita cuba menjaga hati orang, tak semestinya orang bersusah payah akan jaga hati kita.

Pokok pangkal nye, balik pada Al-Quran dan hadith. Macam mana nak cari kawan dan macam mana nak selesaikan perbalahan.

Saya terbaca satu artikel, “Cara bergaduh dalam Islam”. Bunyi macam kelakar tapi Islam memang lengkap. Cara nak bergaduh pun ade diterangkan.

Pergaduhan yang diceritakan adalah antara Saidina Ali dengan pihak yang diketuai Muawwiyah Abi Sufian dan Saidatina Aisyah. Mereka bergaduh atas salah faham tentang pembelaan atas kematian Saidina Uthman yang dibunuh oleh orang Islam ketika beliau sedang membaca Al-Quran dirumahnya.

Panjang cerita kisah ni. Siapa yang berminat, bolehla google untuk tahu lebih lanjut. Indah persahabatan dalam Islam, subhanallah.

Semua yang terjadi ada hikmahnya. Susah untuk saya menahan ego dan marah bila ucapan maaf yang saya harapkan tak pernah kunjung tiba. Mungkin saya tidak penting dalam hidup dia, cuma saya yang anggap dia penting. Takpe, saya redha. Saya dah banyak belajar. Lepas ni, InsyaAllah persahabatan yang terbina adalah lebih suci dan ikhlas.

"Saya pernah 2 kali bermimpi saya mati. Dua kali tu..roh saya macam tergantung, bila saya tanya, kenapa aku tersekat tidak mampu ke mana2?" Ada suara yang cakap "kau tak minta maaf kepada orang yang kau umpatkan..”

"Ya Allah ya Tuhan kami kau jadikanlah persahabatan kami ini hanyalah semata-mata keranaMu, bukan kerana nafsu semata-mata atau kebohongan dari pandangan mata kami sendiri ya Allah. Kau jadikanlah persahabatan kami ini Ya Allah sebagai jalan untuk berpesan-pesan kepada kebaikan dan keburukan"

May Allah purify my heart and guided me in starting over.
Amin.

You don't make any sense, but me neither.

Continuation from this post.
From Far's blog about Taqbur and Riya':

1. When he thinks/feels that he has a higher knowledge than other people
2. When he thinks/feels that he comes from a 'good' ancestry e.g royal family, syed/syarifah etc
3.  When he thinks/feels that he has better looks than the others
4. When he thinks/feels that he is better in terms of the ibadah that he has done
5. When he thinks/feels that he is richer than the other people
6. When he holds high position in the company or community
7.  When he has the physical power and strength

Astaghfirullah.

So i guess, the biggest key to avoid
takbur and riya' is by simply walking
away. Talk less with them unless you're
sure you can control your patience.
Don't dumb yourself down (in front of
Allah) trying to knock some sense into
them.


You don't make any sense.

I tengah sakit perut, ade ulcer kat mulut dari last week tak baik-baik. Next week kena bayar fees but my PTPTN loan is still tak ade khabar berita. Definitely not a good time to mess with me at the office.

Pernah tak bercakap dengan orang yang tidak bijak tetapi cuba berlagak bijak dan tahu mengenai sesuatu perkara?

Lain dengan orang yang biasa. Kalau orang biasa, bila dalam satu kumpulan orang bercakap mengenai sesuatu perkara, bila dia tak paham dia akan tanya ataupun bagitau tak paham. Kalau jenis malu, dia diam saje. Tapi, orang lain bole bantu dia paham.

Selalunya saya diam saja tak respon. Sebab rasanya, orang macam ni tak tahu dia kelihatan bodoh. Dan macam mana kita terangkan hal sebenar pun, dia akan buat macam dia tau jugak.
Ah screw it.
I usually let them get away with it. Cuma ade separuh orang ni, bila kita let them get their way, dia ingat kita percaya apa dia cakap tu.

Let me give an example.


A: Kak, you beli kereta sama ngan I la. Bank mana eh? Interest brape ye skarang?
B: Bank bla bla. Interest 8% macam tu.
Terdiam. Malas nak sambung. Tapi dia sambung lagi.
B: U beli dengan bank mana?
A: Bank Islam. Ade promotion utk graduates masa tu. Zero downpayment.
B: Aah memang. Bank Islam senang bagi loan untuk STUDENT. Kalau student, senang approve.
A: Graduates la kak.
B: Ha ye la. Sekarang pun ade lagi promotion tu. Untuk student. Student senang la.
Dalam hati malas nak layan. Tapi geram. Pandai nye dia ni.
A: Kak, bukan student la. Orang lepas grad, yang baru keje.
B: Tak. Ni untuk student.
A: KAKAK, student mana boleh pinjam loan beli kereta. Mana nak dapat slip gaji? Scheme tu utk GRADUAN. Faham? Dan tak pernah saya dengar interest sampai 8%. Slalu plus minus 4% je kak.
Dia diam.

Situasi lain. Tajuk lain.

B: You kalau keje balik lambat tu boleh claim OT tau. Tuttt cakap dalam meeting hari tu.
A: Exec tak boleh la. Keje dalam plant bole la kot kalau shift.
B: Boleh. Encik tuttt bagitau. Kalau I balik lambat ke, I buat OT.
A: Executive memang tak boleh OT. Takde OT.
B: Pegi tanya Encik tutt skarang. I buat boleh la.
A: You bukan exec, memang la boleh. Level exec above tak boleh. Macam department I sume tak boleh.
I can’t help being revolted in situations like this. Tapi rasa bersalah. Berlagaknye aku ni Ya Allah. :(

Bersambung..